Sewaktu melangkah pergi meninggalkan bumi Malaysia pada bulan Ogos 1992, aku cuma diiringi keluarga sehingga ke Bus Stand Tanjung, Kuala Terengganu. Bas ke KL bertolak jam 9.00 pagi. Aku melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada mak dan ayah serta adik-beradik yang lain. Sememangnya aku tidak mahu menyusahkan mereka.
Sewaktu kakak sulong aku ke US, abang aku ke UK, mereka berdua dihantar oleh keluarga sehingga ke Airport Subang. Bukan aku dengki pun..tambah pula, aku sendiri yang minta mak ayah aku hantarkan ke stesen bas ekspress Kuala Terengganu.
Aku nak belajar berdikari, tak mahu susahkan orang lain. Apabila tiba di Airport Subang, jam 11.00 malam, aku lihat ramai saudara-mara kawan aku yang berpelukan, menangis teresak-esak dan siap bagi wasiat lagi..Aku pulak? Aku cuma bersandar kat satu tiang dan meneruskan bacaan majalah Gila-Gila. Sebelum masuk ke Balai Berlepas, aku sempat call mak ayah kat kampung, mohon doa restu kali terakhir.
3 tahun di bumi Kinanah, masa terasa begitu pantas berlalu. Aku tinggal di Hayyu Saabi' (Section 7) yang penuh dengan budak Melayu. Bas sardin no 916 adalah pengangkutan rasmi aku selain menaiki tram (keretapi 3 gerabak) untuk berulang-alik ke Universiti Al-Azhar. Walaupun kelas bermula jam 9 pagi, biasanya aku dah berada di Masjid Saidina Hussin sebelum jam 8 lagi. Aku mentelaah dan tasmik bacaan dengan seorang sheikh penjaga masjid. Aku ingat pak sheikh buta ni orang biasa aje..rupa-rupanya bekas pensyarah berpangkat doktor..Masya'ALlah !
Dialah yang menjadi guru tak rasmi aku sepanjang aku berada di Kaherah ni.. Dan aku amat berbangga sekali kerana pak sheikh sudi menerima aku sebagai anak angkatnya. Penampilannya cukup selekeh, dengan jubah lusuh dan sebatang tongkat usang..tetapi tepat jam 8.45 pagi, beliau pasti akan dijemput oleh pemandunya dengan kereta mewah (jenis apa ntah..aku bukan jenis suka ambil tahu jenis kereta mewah pun !)..
Melalui pak sheikh ini, aku mendapat bimbingan peribadi..siang dan malam, aku banyak habiskan masa di rumah beliau. Bilik bacaan beliau yang penuh dengan kitab (lama dan baru) dah jadi macam bilik apartmen aku sendiri. Kadang-kadang aku mentelaah kitab-kitab beliau sehingga jam 3 pagi..kadang-kadang kami berdiskusi bersama..
Kepulangan aku ke tanahair sedikit menyedihkan hati guru tua ku ini..Namun, beliau sempat berpesan kepada aku : "Jadilah kamu seperti tanah yang berlekuk, menakung air lalu mengalirkannya ke tanah lain.."
Insya'ALlah..dan Al-Faatihah untukmu, wahai guruku !!

Salam Ustaz,
ReplyDeleteMenarik sungguh entri Ustaz kali ini. Kalaulah Ustaz dapat menceritakan hal lebih lanjut semasa Ustaz di Kaherah selama menjadi anak murid kepada seorang guru yang baik itu, alangkah bagusnya. Saya akan lebih terkesan jika Ustaz dapat menceritakan rutin harian Syeikh itu dan menceritakan pengalaman ustaz sepanjang Ustaz menghabiskan masa di rumah dan khutub khanah Syeikh yang banyak mengajar Ustaz itu. Sesungguhnya diri yang dikelilingi dengan buku dan ilmu amat membahagiakan. Wassalam