Friday, December 25, 2009

BULAN MADU DI TERENGGANU DARUL IMAN



Salam satu Malaysia..

Aku dan keluarga sekarang berada di Terengganu Darul Iman, bumi kelahiran dan tanah tumpahnya banyak darah aku terutama ketika aku kecil-kecil dahulu. Sebelum ini, aku kerap balik ke kampung dengan bas ekspress (sorang diri)..tapi kali ini, aku ambil keputusan untuk balik bersama keluarga. Faktor keduanya, kerana anak aku yang bongsu tu belum jejakkan lagi kedua kakinya di bumi bertuah ini..

Kami satu keluarga bertolak ke Terengganu selepas solat Zohor di Surau Al-Hidayah pada hari Isnin (21.12.2009) dan alhamdulillah, tiba di rumah mak ayah di Kampung Masjid Hj. Kadir, Pasir Panjang, Kuala Terenggganu, tepat jam 9 malam. Satu safar yang agak membosankan kerana aku seorang sahaja yang memandunya..

Perkembangan pembangunan di Kuala Terengganu amat pesat sekali. Aku pun kadang-kadang naik pening dengan perubahan arus jalan raya di sini..banyak jalan raya yang dah bertukar menjadi jalan sehala..

Hari pertama di KT, rondaan kami sekeluarga dengan Perodua Alza ialah ke Masjid Kristal atau Taman Tamaddun Islam, kemudian ke Pasar Payang dan berakhir di Pantai Peranginan Batu Buruk.

Semalam, hari ke-dua, aku dan keluarga ke Pantai Tok Jembal, menikmati sarapan Nasi Dagang lauk ikan aya (tongkol) dan seterusnya ke Pasaraya Mydin yang terbesar iaitu di Hiliran, Bukit Besar, K. Trg. Banyak juga yang kami habiskan kerana membeli baju-baju sekolah anak-anak.

Hari ini, hari ke-tiga, aku meronda seorang diri menziarahi rakan-rakan lama yang sama-sama berjuang di medan dakwah. Ada di antara mereka yang mengajar di Darul Qur'an, Rusila (di Masjid Tuan Guru Hj. Hadi), tapi majoriti mereka sekarang ialah pengkuliah agama dan pendakwah bebas selain berkhidmat sebagai guru agama di sekolah-sekolah kementerian.

Insya'ALlah, menjelang fajar hari Sabtu (26.12.2009), kami akan berangkat kembali ke Seremban kerana minggu hadapan adalah minggu yang penuh dengan mesyuarat di sekolah.

Tahun 2010 bakal tiba nanti, aku ditukarkan oleh pihak pengurusan sekolah ke sesi pagi. Syukurlah..kerana sebelum cuti sekolah baru-baru ini, aku dah mula berfikir bagaimana nak uruskan anak lelaki aku (2010- naik Tahun 4) ke sekolah sekiranya aku masih kekal di sesi petang. Pelantikan sebagai Guru Disiplin juga merupakan satu lagi kepercayaan pihak sekolah terhadap aku yang tak semestinya aku khianati.. Sesi pagi juga bakal menjadikan aku lebih sibuk dengan pelantikan sebagai Jurulatih Daerah Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan sambungan perkhidmatan sebagai Jurulatih Dakwah..Semoga semua amanah ini dapat aku laksanakan dengan sebaik mungkin. Tuhanku, tolonglah aku dalam melaksanakan semua kewajipan ini, janganlah Engkau bebankan aku dengan sesuatu yang tak mampu aku lakukan..

Kepada semua sahabat dan rakan guru yang menziarahi blog ini, Selamat Kembali ke Sekolah !

4 comments:

  1. Salam ust Kamal. Ana ada nostalgia di Terengganu yang ingin di kongsi bersama anta. Masa tu ana baru berkahwin sekitar bulan Disember tahun 1996. Selepas kahwin, ana dan isteri pergi honeymoon di pantai Marang, tak jauh dari Hotel Seri Malaysia.

    Alangkah indahnya saat itu....

    ReplyDelete
  2. Salam. Hebat... UK dan UH, masing-masing ada nostalgia di KT. Ana tak boleh nak buat macam tu lagi, sebab sebab honeymoon pertama dulu di Karachi! Lepas kahwin dua minggu terus bawa zaujah ke Mesir, transit di Karachi, akhir Oktber 1991. Kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, teringin nak safar ke sana lagi.
    UK, tu Alza baru anta ke? Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz2 semua,

    Seronok saya baca kisah pengalaman2 Ustaz2 semua. Sepanjang membaca entri dan komen2 ini, saya tersenyum sendiri...

    ReplyDelete