Thursday, November 19, 2009

LEMBU KORBAN : IBADAT ATAU PUN PERNIAGAAN ?

AlhamduliLlaah..akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menyertai ibadah korban kali pertama di dalam hidup pada tahun ini..Walaupun terpaksa ikat perut, membuat sedikit pinjaman untuk perbelanjaan dapur, namun, saya amat puas hati dan berbangga !

Kos setiap satu bahagian ialah RM350. Di Masjid Sendeng, kosnya mencecah RM400. Sebagai orang baru dalam ibadah korban ini, saya percaya RM350 x 7 peserta itu adalah harga bagi seekor lembu yang akan dikongsikan bersama.

Sehinggalah di dalam mesyuarat AJK Surau pada 15 Nov 2009 yang lalu, setiausaha Surau, Encik Hussin Yaakop mendedahkan bahawa pada tahun-tahun lepas, beliaulah yang menguruskan pembelian lembu-lembu korban. Sekiranya wang terkumpul dari 7 peserta berjumlah RM2450, beliau akan membeli lembu yang berharga (katakanlah) RM2200. Baki RM250 lagi akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pengurusan..dan seandainya pada tahun tersebut, ada 7 ekor lembu yang akan dikorbankan, maka ini bermakna Kumpulan Wang Pengurusan yang akan diperolehi oleh surau ialah sebanyak RM1750. Waah..banyak tu.

Ke mana wang tersebut dibelanjakan? Antaranya digunakan untuk membayar upah tukang sembelih (saya dimaklumkan setiap seekor lembu yang disembelih, upahnya ialah RM50 - confirm lepas ni, saya akan pergi ikuti kursus sembelihan korban), kos makan minum petugas dan untuk membeli peralatan-peralatan yang sepatutnya seperti tali, plastik pembungkus daging dan sebagainya..

Saya taknak bangkang seratus-peratus..saya rasa elok lah juga tu dan memang dah kena pada tempatnya..cumanya yang saya musykil : tindakan kita berbuat sedemikian tu, dah dimaklumkan kepada semua peserta korbankah atau belum lagi? apakah semua peserta korban tahu bahawa sebahagian kecil wang korbannya tadi digunakan untuk tujuan-tujuan lain? saya ambil contoh diri saya sendiri..katakanlah saya tak tahu pun tentang wujudnya kos tersembunyi ini, tidakkah saya merasa diri saya tertipu oleh perbuatan AJK Surau yang diberi amanah? Mati-mati saya sangkakan RM350 itu adalah duit lembu..rupa-rupanya harga sebenar cuma RM 320 sahaja..Bagaimana kalau saya tak halalkan baki RM30 saya itu?

Siapa nak pikul kesalahan ini? Kepada sesiapa yang ada penjelasan, mohon jelaskan kepada saya kerana saya sekarang benar-benar terasa tertipu oleh orang yang diamanahkan menguruskan ibadah korban ini..

2 comments:

  1. Salam Ustaz Kamal,

    Bila menyebut nama Ustaz Kamal ni, tiba-tiba saya teringat kpd mutawwif haji saya, semasa saya mengerjakan ibadah haji tahun lepas. Ermmm...saya pun selalu buat ibadah korban ni, tetapi biasanya saya akan bayar mengikut harga yg telah ditetapkan. Tidak pernah pula saya terfikir ada kos-kos lain dlm harga bayaran tu. Saya selalu bersangka baik kpd sesiapa dan saya sedar kerja-kerja bagi mengelola ibadah korban itu memang meletihkan. Semoga kebaikan yang Imam dan AJK masjid lakukan, mendapat balasan baik dari Allah swt. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Bukan penjelasan, tapi sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman.
    Boleh rujuk;
    http://rijalunsodaqu.blogspot.com/2009/11/sepakat-membawa-berkat.html
    Wassalam.

    ReplyDelete