Tuesday, February 23, 2010

SWAT & MAGNUM UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum WM dan Salam 1 Malaysia..

Ramai rakan pengunjung dan rakan sekursus yang bertanyakan saya mengenai kasut/boot yang sering saya pakai ketika mengikuti kursus aktiviti lasak, perkhemahan tahunan, pertandingan menembak dan ketika mengikuti program mendaki gunung dan seumpamanya..Kadang-kadang tu, rasa macam dah tak larat nak menjawab.

Semalam, seorang kakitangan hospital Kuala Pilah menghubungi saya bertanyakan pasal kasut tersebut.

Untuk makluman rakan-rakan semua, kasut yang biasa saya pakai itu ialah kasut yang biasa digunakan oleh pasukan polis SWAT (Special Weapon and Tactical) di US. Saya berjaya membelinya pada awal 2009 yang lalu setelah 3 bulan memotong duit gaji. Alhamdulillah..akhirnya kasut yang saya idam-idamkan akhirnya tersemat juga di kaki ini.

Harganya dalam sekitar RM360. Itu harga tahun lepas. Harga sekarang, semasa saya surf internet pagi tadi, telah naik kepada RM390.

Jika ada yang berminat nak beli kasut SWAT seperti yang saya pakai sekarang ni, bolehlah order melalui saya tetapi saya kenakan caj RM10 sebagai upah mengambilnya di pejabat Courier. Masa menunggu ialah antara 3-6 hari sahaja.

Saiz boot SWAT ini tidak sama dengan saiz kasut biasa yang kita beli di kedai-kedai kasut di Malaysia. Saiznya kecil satu mata. Maksud saya, kalau kita biasanya pakai kasut saiz 7, saiz boot SWAT yang sesuai dengan kaki kita ialah saiz 6.

Satu lagi kasut yang saya jual ialah kasut boot Magnum. Bentuknya sama seperti boot SWAT, tetapi patternya tidaklah seberapa kemas macam boot SWAT. Walaupun saya juga ada kasut Magnum, saya lebih sukakan SWAT kerana keselesaannya sama seperti kita pakai kasut sport. Harganya cuma RM220 sahaja..
Kalau ada yang berminat, kumpul-kumpullah duit hingga cukup, barulah call saya. Ansuran atau hutang, saya tak layan..sebab saya dah terkena satu kali. Setakat ini, saya dah berjaya jual hampir 16 pasang kasut SWAT dan 9 pasang kasut Magnum.

Biasanya, yang datang beli dari saya ialah pegwai tentera, polis, pegawai RELA, pengawal keselamatan bahkan ada orang perseorangan yang kerja di jabatan kerajaan.

Semalam saya dapatkan order dari seorang staff di klinik Kuala Pilah. Beliau gemar kepada aktiviti luar dan sangat berhajat nak dapatkan kasut SWAT tersebut. Insya'ALlah, dalam masa 4 hari lagi, gerenti beliau akan berbangga di hadapan rakan-rakannya.

Ramai juga yang menyembunyikan pembelian kasut ini daripada isteri masing-masing. 'Nak mampus..kalau isteri aku tahu, tak pasal-pasal digulai buat lauk kasut kesayangan aku tu'...Tiba aje waktu malam, kasut tu aku letak dalam kotak dan disimpan bawah katil..

Nasihat saya, jangan jadikan saya sebagai punca perbalahan anda suami-isteri. Saya tak paksa pun beli kasut ni..!!

Sekian, wassalam !

10 comments:

  1. Salam Ustaz Kamal,

    Tak sangka ya, pasal kasut pun boleh bergaduh suami dengan isteri. Siap sorok-sorok bawah katil lagi. Dah jadi kes naya ni. Mungkin kerana faktor harganya. Pada pendapat saya, apa salahnya berbelanja lebih demi mendapat keselesaan dengan memanjakan kaki kita yang merupakan 'footing' utama untuk meyokong berat badan kita. Jika berat badan tu ideal, kira alhamdulillah lah, tak lah sang kaki mengeluh penat membawa beban. Ini kalau dah berat badan 80 kg ke atas, mahunya tumit kaki naik kematu memikul sang badan yang terlebih muatan. Ermmm...apa-apapun, kena lihat juga situasi kewangan masing-masing. Jangan kerana ingin memiliki sepasang kasut yang berharga ratusan ringgit, anak dan isteri di rumah terpaksa berikat perut dan hanya makan berlaukan telur goreng dengan kicap setiap hari. Kesian kat anak dan isteri. Kalau saya di dalam situasi macam tu pun saya marah. Mahunya kasut SWAT atau MAGNUM tu saya rebus empuk-empuk dan jadikan Rendang Tok, boleh gak dipaparkan dalam Blog 'Dari Dapur Mina'.

    ReplyDelete
  2. Mina, MIna..janganlah buat macam tu. Kesian lah kat kami para suami ni..

    ReplyDelete
  3. macam mana saya nak order kasut tuh,ustaz boleh bagi no phone atau sms saya 0102072367

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ustaz & Pengunjung blog sekelian, kalau minat boot yg harga murah sikit tp sesuai untuk aktiviti lasak anda, bolehlah hubungi saya di meehsan@gmail.com .

    Pengilag yg sama juga membekalkan boot kpd PDRM/Rela/PLKN etc.

    ReplyDelete
  5. Ade COD x kt area lrt Amp? Sila email ttg detail boots tactical yaa, tq.. roy.yusof@gmail.com

    ReplyDelete
  6. saya berminat nak beli kasut swat tu, bg cntck nombr ustaz ke email saya, sub.infinity@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustat... macamana nak beli ni?? Tolong email ke mhight33@gmail.com

    ReplyDelete
  8. hello ustat still nak jual ke kasut ni

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustaz. Masih jual ke kasut swat?berapa rm sekarang ni?

    ReplyDelete
  10. LAWATI KAMI, PELBAGAI BOOTS:

    HTTP://KEDAIUNIFORM.BLOGSPOT.COM

    HTTP://TACTICALSET.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete