Tuesday, June 29, 2010

KULIAH UST NASARUDDIN ALI DI SURAU AL-HIDAYAH

Assalamualaikum w.m;

Saya tidak berhasrat untuk mengulas isu Al-Fadhil Ust Nasarudin Ali dan tulisan-tulisan di dalam blog Al-Fadhil Ustaz Hishamuddin Mansor. Meskipun ramai sahabat yang bertanyakan pandangan saya, jawapan saya ialah : Diam adalah lebih baik !

Zaman sekarang, seperti kata Nabi SAW adalah zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian. Manusia semakin hari semakin bergerak menuju ke arah kejahatan. Tidak kira mereka ini ulama' mahupun juhala'. Kejahatan ulama' tidaklah sama sekali serupa seperti kejahatan juhala' kerana setiap ulama' yang melakukan seseuatu kejahatan mempunyai dalil dan nas yang tersendiri untuk menghalalkan kejahatannya. Maka, sewajarnya kita perlu amat berhati-hati dan berwaspada dengan kejahatan mereka ini.

Apabila berlaku sesuatu tuduh-menuduh atau fitnah-memfitnah, kita jangan cepat melatah lalu mengiyakan apa sahaja yang orang kata. Islam mengajar kita supaya hendaklah kita siasat perkara tersebut terlebih dahulu dan jangan menelannya secara bulat-bulat. Orang yang menyampaikan berita pula, hendaklah dia bertanggungjawab dengan kebenaran berita tersebut serta sanggup bersedia untuk memikul dosa penipuannya sekiranya dia adalah pembohong. Pembohong yang bersumpah atas nama ALlah SWT semata-mata untuk menegakkan kebohongannya, maka bertambah lipat gandalah dosanya-dosa sesama manusia dan dosa kepada ALlah.

Malam semalam, saya ke Masjid Sendeng mengikuti kuliah mingguan Ust Nasaruddin. Tujuan saya ialah untuk mempelawa beliau sebagai salah seorang tenaga pengajar atau pengkuliah di Surau Al-Hidayah, lebih tepat lagi supaya beliau dapat mengisi malam kuliah saya yang akan saya kosongkan tidak lama lagi. Alhamdulillah, Ust Nasaruddin akan meneliti jadual kuliah beliau dan akan menghubungi saya tidak lama lagi.

Wednesday, June 16, 2010

KERANA SEBIJI BOLA..

Telah sekian lama saya tidak menulis..ntahlah..kini saya rasa lebih selesa menulis di atas kertas berbanding menulis di dalam internet. Tulisan terbaru saya bertajuk : "Hargailah nikmat kehidupan" yang saya tulis dalam bentuk flyer boleh didapati di surau Al-Hidayah. Insya'ALlah, jika ada kelapangan, akan saya huraikan pula dalam bentuk kuliah.

Cuti sekolah selama 2 minggu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya-maksud saya, tidak dapat saya nak bersantai betul-betul. Imam-imam lain yang diamanahkan bergilir-gilir dengan saya untuk mengepalai jemaah, tiada kelihatan selama masa cuti sekolah ini. Kalau ada datang pun, selepas takbiratul ihram..

Bukannya tujuan tulisan saya kali ini, bermaksud nak perlekehkan mereka..jauh sekali untuk mengangkat bakul saya sendiri. Saya faham, cuti sekolah lah masanya untuk kita bersama keluarga..cuma, faham-faham je lah..saya pun ada anak isteri juga..datanglah, sekurang-kurangnya, bolehlah saya guna masa tidak bertugas untuk bawa keluarga bersiar-siar, berjemaah di lain-lain masjid..

Seperkara lagi, saya nak tegur kepada para jemaah yang kaki bola (suka tengok match-main tak pandai pun!), janganlah kerana nak tonton bola hingga sanggup gadaikan pahala jemaah kita. Lihatlah betapa besarnya kejayaan si Yahudi menyesatkan kita..sebiji bola sahaja, mampu melarikan jemaah daripada bersolat di masjid dan surau..

Mujurlah saya bukannya peminat bola sepak..kalau tidak, mungkin saya pun sama seperti sebahagian kecil jemaah kita ni..Bayangkan, kalau imam masih ada kat depan TV sedangkan makmum ternanti-nanti kat surau sana tu..

Kacau-bilau lah dunia ni..!

Monday, May 10, 2010

KAWALAN KESELAMATAN BWP - MENGAPA MASIH BERBODOH SOMBONG?

Pada 05 Mei 2010 baru-baru, program Kawalan Keselamatan Berbayar (KKB) di Bandar Warisan Puteri terutamanya di Puteri Emas, Cahaya dan Anggun berhadapan dengan sedikit masalah apabila 2 orang pengawal keselamatannya secara serentak memohon untuk berhenti dengan meninggalkan En. Mat Rani @ Hulk Hogan keseorangan. Memandangkan En. Mat Rani tidak mampu bekerja seorang diri, pihak jawatankuasa terpaksa berikan cuti tanpa gaji kepada beliau sehinggalah pengganti pengawal berkenaan dapat dicari ganti.

Selaku pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan yang mempelopori program KKB ini, saya terpaksa berusaha untuk mendapatkan pengganti kepada 2 orang pengawal tersebut. Sememangnya agak sukar untuk mencari orang yang dapat diberikan amanah dan kepercayaan ni..amanah menjaga keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.. saya tertanya-tanya adakah berbaloi dengan bayaran elaun yang diterima oleh mereka ini sebanyak RM800 bersih sebulan?

Pagi ini, saya dapat khabar gembira bahawa 2 orang pengawal yang bakal mengisi kekosongan tersebut sudah pun diperolehi. Alhamdulillah..saya tarik nafas lega seleganya..bayangkan selama 4 malam berturut-turut saya dan beberapa rakan AJK dan ahli biasa bergilir-gilir berkawal malam demi untuk memastikan keselamatan kawasan persekitaran sedangkan esok pagi kami terpaksa ke tempat kerja pula..Fuuh..selesai satu masalah !

Bagaimana pula dengan satu lagi masalah ? Iaitu masalah lama yang hingga kini masih tak dapat diselesaikan lagi. Apa dia? Jawapannya ialah masalah kebebalan dan kebodoh-sombongan segelintir penduduk yang liat bebenor dan langsung tak nak bayar yuran KKB meski pun cuma RM30 sahaja sebulan..Apa ke benda la dengan RM30 tu? Pengawal kita siang malam lalu depan rumah, berkawal sambil memastikan tiada kaki pecah rumah menghampiri pintu pagar rumah kita..tetapi mengapa golongan bebal dan bodoh-sombong ini masih degil dengan kebebalan dan kebodoh-sombongannya itu? Apakah mereka ni nak tunggu rumah kena pecah masuk, hilang ribu-ribu ringgit, baru nak bayar RM30 sebulan tu?

Saya pun hairan dengan sikap manusia macam ini..ada juga rupanya ..walaupun nampak macam berpendidikan tinggi dan berjawatan besar..tapi malang, sikapnya macam budak hingusan yang belum mumayyiz! Sudah-sudahlah dengan perangai budak hingusan tu..awak tu dah berbulu, berlagaklah macam orang yang sudah berbulu..

Akhir kata, saya merayu dan berharap sangat agar program KKB kita ini dapat diteruskan lagi untuk tahun ke-2 nya pada 01 Jun akan datang ini..

Selamat menyambut ulangtahun pertama KKB Bandar Warisan Puteri.

Saturday, April 10, 2010

SYABAS ..KITA AMAT MEMERLUKAN KHATIB YANG BERANI

Saya tertarik sekali dengan kandungan dan cara penyampaian khutbah yang disampaikan di dalam khutbah Jumaat semalam. Khutbah disampaikan oleh salah seorang imam di kampung saya menyentuh mengenai gejala sosial di kalangan remaja dan bapak tua..Selama ini kerajaan (pemimpin) dok sibuk cari punca dan jalan penyelesaiannya..puas dok fikir macamana nak kurangkan atau hapuskan gejala sosial yang makin berleluasa ini..

Sungguh terperanjat saya apabila khatib dengan terus-terang menuding jari meletakkan kesalahan kepada sebahagian besar pemimpin negara hari ini yang rata-rata BENGONG (lebih teruk dari BANGANG), tiada pendidikan agama (memang pun..sebab mereka ni sejak kecil lagi dah disekolahkan di sekolah mat salleh kafir tu..bukannya sekolah agama pun), dan langsung tiada kemahuan untuk menegakkan agama di negara ini..

Mereka ini sebenarnya langsung tiada hasrat nak perjuangkan agama Islam di negara kita..kalau ada pun, lebih kepada kosmetik semata-mata..Dahulu, ketika hangat isu penggunaan kalimah ALlah, mereka berlagak nak jadi juara penegak agama..konon-konon peka dan sensitif dengan isu yang boleh pecah-belahkan perpaduan negara..

Dalam masa yang sama pula, merekalah pentekedarah arak (pendedahan oleh Saifuddin Nasution di dalam parlimen - tak terjawab oleh AP BN), pentekedarah rasuah, penipu dan pembelit (lihat isu royalti dan wang ehsan di Terengganu dan Kelantan).. Menurut khatib lagi, kalau pemimpin dah jahat macam tu, tidak mustahilkah kalau rakyat pun turut jadi jahat?

Persoalan saya, adakah kita sanggup melihat anak generasi kita akan datang nanti menjadi generasi jahat yang sanggup bila-bila masa mentelanjangkan agamanya sendiri? Ayuh..berubahlah ke arah kebaikan atau keadaan yang lebih baik lagi.. Sama-samalah kita turunkan pemimpin korup yang suka menjahannamkan anak bangsa dan agamanya sendiri..

Pastikan peluang dalam PRU 13 digunakan dengan sebaik-baiknya..!!

Friday, April 9, 2010

PEMERGIAN BUAT SELAMANYA

Ketika dalam perjalanan ke sekolah pada Khamis, 8 April yang lalu, aku mendapat panggilan dari isteri tentang pemergian seorang insan yang amat aku kasihi..seorang yang bergelar ayah, yang banyak mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan. Meski pun ayah bukanlah dari golongan yang berpendidikan ( ayah aku tak pernah ke sekolah bahkan seawal usianya 5 tahun, telah dibawa oleh orang tuanya menangkap ikan di laut- ya, ayah aku adalah seorang nelayan dari umurnya 5 tahun hinggalah usia pencennya 65 - 60 tahun sebagai seorang nelayan ).

Walaupun dirinya seorang nelayan, tetapi tiada seorang pun daripada anak-anak lelakinya yang mengikuti jejak langkahnya. Aku sendiri masih ingat satu peristiwa, aku ditempeleng oleh ayah apabila aku menyatakan hasrat untuk berhenti belajar dan ingin menceburkan diri dalam bidang penangkapan ikan (konon nak jadi nelayan moden). Ayah menitis air mata..dalam sebak dan sedu-sedan, ayah beritahu aku bahawa dia ingin melihat semua anaknya berjaya dalam pelajaran. Dia sanggup bersusah-payah mencari wang demi untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Aku akui, memang itulah yang dilakukan oleh arwah ayah semasa hidupnya. Dia sanggup menebalkan muka meminjam sedikit wang dari kawan-kawannya apabila kekurangan wang untuk membayar bayaran persekolahan anak-anak..

Alhamdulillah..berkat kesungguhan dan keikhlasannya, anak-anak ayah semuanya boleh dikatakan berjaya. Abang aku ke London, kakak ke US, aku.. (cuma ke Mesir sahaja) dan adik bongsu aku bakal melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi tidak lama lagi dalam bidang kedoktoran.

Terima kasih ayah..kerana mendidik kami menjadi manusia..insya'ALlah, doa dari anak-anakmu akan sentiasa kami kirimkan..

Semoga ALlah mencucuri rahmatNya ke atasmu, ayah !

Pagi tadi, sebaik selesai mengikuti kuliah Subuh di surau Flat Gelung Bilal, aku terus ke pusara ayah dengan motosikal peninggalannya. Suasana pusara cukup hening. Aku melangkah masuk ke kawasan perkuburan dan menuju ke pusara ayah. Semalam, sewaktu jenazah ayah dikebumikan tepat jam 2 petang, aku masih dalam perjalanan..kalau tak silap baru tiba di Jabor, Kemaman.

Pusara ayah kuhampiri..aku duduk menghadap nisan di bahagian kepalanya..selesai mengucapkan salam, aku langsung sedekahkan fatihah lalu dipanjatkan doa..maafkan anakanda kerana tidak dapat bersamamu di saat akhir, ayah! Anakanda berjanji akan menjaga bonda dan adik-adik dengan sebaiknya..

Tuesday, April 6, 2010

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH

Ramai yang bertanyakan saya mengenai hukum orang (lelaki mukallaf) yang sengaja meninggalkan solat berjemaah atau dengan kata lain : orang yang malas nak solat di masjid atau surau. Jawapan pertama saya : Bersyukurlah kerana Nabi Muhammad SAW dah lama wafat.. Kalau tidak, dah tentu kita akan dapat menyaksikan rumah terbakar tiap-tiap hari. Bomba pun pasti tak terkejar ! Puak-puak pemalas nak datang solat ke masjid /surau ni dah gerenti akan hanya duduk di bawah jambatan bersama puak-puak mat gian..

Soalan ke-2 ditanyakan kepada saya : Apa patut kita buat terhadap puak-puak pemalas ni ? Jawapan saya : Halau sahaja keluar dari bumi ALlah SWT kerana inilah puak-puak yang tak reti nak mensyukuri ni'mat Tuhannya..Betapa ALlah bersungguh benar nak jumpa mereka ini, hinggakan diserunya sebanyak bukan sekali, bahkan 5 kali sehari semalam supaya mereka ini datang ke rumahNya..Tapi apa yang mereka buat? Hanya memekakkan telinga atau buat-buat BODOH seolah-olah panggilan azan itu sama seperti loceng dari gereja? Inilah puak-puak manusia jenis BODOH SOMBONG. Orang kampung saya panggil BANGANG NAK MAMPOS !! Rezeki Tuhan diambilnya tak kira siang mahu pun malam..tetapi hak-hak Tuhan langsung tidak dipedulikan..

Bila ditanya, macam-macam alasan diberikan..sampaikan hari cuti pun tak dapat datang ke masjid /surau jugak. Apa lagi alasan BANGANG yang nak kita TIPU di hadapan ALlah kelak?

Ada yang kata (seolah-olah nak membela puak-puak pemalas ini ) : "Bukankah solat kat masjid/ surau tu FARDHU KIFAYAH hukumnya? Kalau dah ada orang buat, kira OK lah tu..apa kita nak bising-bising?

Ini satu lagi kefahaman BANGANG yang menerjah masuk ke dalam kepala hotak kita hari ini. Korang ingat, bila sesuatu ibadah itu FARDHU KIFAYAH hukumnya, lalu korang pun nak lepas diri lah, gitu ? Cuba bayangkan kalau semua orang berfahaman macam korang, tak pasal-pasal sekor haram pun tak de yang datang solat di rumah ALlah. Sapa nak tanggungjawab? Tok Imam sorang saja ke atau semua termasuk makmum-makmum yang berfahaman BANGANG tadi tu?

Kalau Tok Imam pun fikir macam tu juga, "Aah..aku tak pergi pun tak apa..ada lagi imam-imam lain yang boleh ambil alih..HANCUR ! Jangan menyesal kalau tak lama kemudian turun bala dan azab ALlah ke atas kita semua. Baru padan dengan muka !

Justeru itu, buanglah tahap pemikiran lama tu dan sama-samalah kita terus mendalami ilmu agama agar semua kita faham dan tahu apa yang harus, perlu dan MESTI dilaksanakan..Kepada yang amat jarang datang atau tak pernah datang ke surau tu, tanyalah diri sendiri : Sampai bila aku nak jadi BODOH macam ni? Nak tunggu nyawa dan hampir tercabut dari halkum ke?

WaLlahu A'lam !
(Dipetik dan disunting dari sebuah laman blog surau di Perlis )

Wednesday, March 31, 2010

SALAHKAH SIKAP KERAS DALAM DAKWAH?

Islam memiliki cara dan metode dalam berdakwah sesuai dengan situasi dan kondisi yang dihadapi. Tentunya hal itu tidak lepas dari bimbingan syari’at. Terkadang dakwah harus disampaikan dengan sikap lemah lembut dan terkadang dengan sikap keras, tegas, dan lugas. Namun sikap yang kedua ini sering dianggap sebagai sikap yang salah dan tidak mengandung hikmah. Bahkan terkadang dianggap dapat menimbulkan akibat yang fatal bagi dakwah itu sendiri. Sehingga muncul protes dari berbagai pihak ketika salah seorang da’i bersikap keras, tegas dan lugas dalam dakwahnya.

Fenomena ini tampak ketika salah seorang Ahlus Sunnah berdakwah kepada sunnah dan membela Ahlus Sunnah sekaligus membantah bid’ah dan ahlul bid’ah dengan tegas. Maka muncul berbagai macam protes dari berbagai kelompok dakwah yang ada. Mereka menganggap bahwa sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah tidak mencerminkan akhlak mulia karena mengandung kezaliman terhadap pihak lain dan menyebabkan umat lari dari seruan dakwah.

Anggapan mereka ini timbul dari prinsip dakwah mereka yang bathil berupa semboyan yang mengajak kepada persatuan kaum Muslimin walaupun di atas kebathilan. Setiap hal yang berakibat memecah-belah kaum Muslimin harus dijauhkan dari dakwah. Fakta ini sering memunculkan di tengah-tengah dakwah mereka sikap basa-basi, tidak terus terang dan lemah lembut yang bukan pada tempatnya. Justru keberadaan dakwah mereka beserta segala sikap yang menyimpang itu menambah kekaburan bagi kaum Muslimin dalam menilai Al Haq. Sehingga banyak kaum Muslimin tak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil serta tak sedikit pula di antara mereka yang menyangka bahwa yang haq itu adalah bathil dan yang bathil itu adalah haq.

Lalu bagaimana sebenarnya Islam berbicara tentang sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah? Untuk menjawab pertanyaan ini marilah kita lihat nash-nash Al Qur’an dan As Sunnah serta beberapa penjelasan para ulama dalam masalah ini.

Nash Al Quran Dan As Sunnah Serta Penjelasan Para Ulama Tentang Sikap Keras Ketika Pengharaman Allah Dilanggar Dan Ketika Hukum Had Ditegakkan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang artinya): “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhir ….” (QS. An Nur: 2)

Imam Bukhari dalam menafsirkan firman Allah yang berbunyi: “ … janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah.” Mengatakan: “Maksudnya adalah janganlah mencegah kalian untuk menegakkan hukum-hukum had karena belas kasihan kepada orang yang akan dihukum dan janganlah kalian memperingan pukulan agar tidak menyakitkan. Pendapat ini adalah pendapat sekelompok Ahli Tafsir” (Tafsir Al Qurthubi jilid 6 halaman 111, cetakan Darul Kutub IImiyah)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam menafsirkan ayat di atas berkata: “Secara umum Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang segala perkara (baca: belas kasihan) yang diperintahkan oleh setan ketika memberikan siksa (pada setiap pelanggaran, pent.).

Demikian pula terlebih khusus pada perbuatan-perbuatan keji. Karena hal itu dibangun atas dasar cinta, syahwat atau kasih sayang yang dihiasi oleh syaitan dengan rasa kecenderungan hati dan kasihan kepada para pelaku kekejian. Akhirnya, kebanyakan manusia disebabkan oleh penyakit ini masuk ke dalam sikap kurang cemburu dan kurang semangat (dalam menegakkan hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan, pent.). Mereka beranggapan bahwa sikap ini termasuk sikap kasih sayang, lemah lembut, dan akhlak mulia terhadap makhluk. Padahal yang demikian adalah sikap yang menunjukkan kurang rasa cemburu, kerendahan, tidak agamis, dan keimanan yang lemah.

Membantu mereka atas sikap yang demikian berarti saling tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan serta meninggalkan sikap untuk saling mencegah dari kekejian dan kemungkaran.” (Daqaiqut Tafsir karya Ibnu Taimiyah 3/385)

Dalam sebuah hadits dari ‘Aisyah radliyallahu ‘anha, beliau berkata: “Tidaklah Nabiyullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika diberi dua pilihan melainkan beliau memilih yang paling mudah dari keduanya selama tidak mengandung dosa. Apabila mengandung dosa, maka beliau menjauhkan diri dari keduanya. Demi Allah, beliau tidak pernah marah karena hal yang dilakukan terhadapnya kecuali jika pengharaman Allah dilanggar maka beliau marah karena Allah.” (HR. Bukhari)

Al Hafizh Ibnu Hajar Al ‘Asqalani menjelaskan dalam mengomentari hadits ini: “Dalam hadits ini terdapat anjuran untuk memberi maaf kecuali terhadap haq-haq Allah (yang tidak ditunaikan).” (Fathul Bari karya Ibnu Hajar 5/576)

Imam Ar Razi rahimahullah berkata: “Sikap lemah lembut dan kasih sayang hanya diperbolehkan apabila tidak menyebabkan pengabaian terhadap salah satu haq Allah. Jika sikap itu membawa kepada kondisi yang demikian maka tidak diperbolehkan.” (At Tafsirul Kabir 9/64 dan Gharaibul Qur’an wa Gharaibul Furqan karya An Naisaburi 4/ 107)

Pada sebuah riwayat yang shahihah dari ‘Aisyah radliyallahu ‘anha diceritakan bahwa orang-orang Quraisy merasa belas kasihan terhadap seorang wanita dari Bani Makhzum yang telah mencuri. Mereka berkata: “Tak ada seorang pun yang berani membicarakan tentang pembelaan (terhadap wanita tersebut) kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melainkan Usamah bin Zaid, kekasih Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Apakah engkau (Usamah) memberi pembelaan bagi pelanggaran terhadap salah satu dari batas-batas Allah?!” Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah lalu bersabda: “Wahai sekalian manusia, tidaklah orang-orang sebelum kalian sesat melainkan karena apabila seorang yang mulia mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila seorang yang lemah mencuri, mereka tegakkan hukuman atasnya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fatimah binti Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mencuri, aku akan memotong tangannya.” (HR. Bukhari dalam Kitabul Hudud bab Karahiyah Syafaah Fil Hadd Idza Rufi’a Ilas Sulthan hadits nomor 6778, 12/87)

Nash Al Qur’an Dan As Sunnah Serta Penjelasan Para Ulama Tentang Sikap Keras Ketika Muncul Sikap Penentangan Dan Peremehan Terhadap Dakwah Al Qur’an telah menceritakan tentang sikap keras para Nabi terhadap kaum mereka yang menentang dakwah dan terus-menerus dalam kebodohan.

Sebagai contoh kita mendapatkan dalam Al Qur’an ucapan Nabi Nuh ‘Alaihis Salam kepada kaumnya yang menentang dakwahnya. Allah berfirman menceritakan ucapan Nabi Nuh ‘Alaihis Salam (yang artinya): “ … akan tetapi aku memandang kalian sebagai kaum yang bodoh.” (QS. Hud: 29)

Demikian pula Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam berkata kepada kaumnya sebagaimana yang diceritakan dalam Al Qur’an (yang artinya): Ibrahim berkata: “Maka mengapakah kalian menyembah selain Allah yaitu sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kalian. Ah (celakalah) kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah. Maka apakah kalian tidak berakal.” (QS. Al Anbiya’: 66-67)

Juga ucapan Nabi Luth ‘Alaihis Salam kepada kaumnya (yang artinya): “Mengapa kalian mendatangi jenis lelaki diantara manusia, kalian tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Rabb kalian untuk kalian bahkan kalian adalah orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Asy Syu’ara: I65-166)

Dr. Fadll Ilahi setelah membawakan beberapa ayat di atas menyatakan: “Pada ayat-ayat di atas terdapat teguran keras yang ditujukan kepada kaum –kaun para Nabi. Para Nabi bersikap demikian tatkala mereka mendapatkan penentangan, peremehan dan pelecehan terhadap dakwah diri kaum mereka. Wallahu Ta’ala A’lamu Bish Shawab.” (Al Lin wa Ar Rifq, karya DR. Fadll Ilahi halaman 40)

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada Nabi-Nya yang mulia, Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, untuk mendebat ahlul kitab dengan cara yang terbaik kecuali terhadap orang-orang yang berlaku zhalim diantara mereka. Allah berfirman (yang artinya): “Dan janganlah kalian berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang terbaik kecuali dengan orang-orang zhalim diantara mereka ….” (QS. Al Ankabut: 46)

Dalam ayat lain Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk menggunakan sikap keras dan tegas ketika berhujjah dengan kaum munafik. Allah berfirman (yang artinya): “Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya.” (QS. At Taubah: 73)

Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhu dalam menafsirkan ayat di atas berkata: “Allah memerintahkannya (yakni Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam) untuk berjihad (melawan) orang-orang kafir dengan pedang sedangkan orang-orang munafiq dengan lisan dan menghilangkan sikap lemah lembut terhadap mereka.” (Tafsir Ath Thabari 14/358-359 dan Tafsir Al Baghawi 5/311)

Perintah ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan sebaik-baiknya. Dalam sebuah hadits, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdakwah dengan mengancam kaum munafiq yang berpaling dari shalat jamaah di masjid. Beliau bersabda (yang artinya): “Tak ada shalat yang lebih berat bagi kaum munafiq (selain) dari shalat fajar dan shalat Isya’. Kalau seandainya mereka mengetahui keutamaan pada keduanya niscaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan memerintahkan seorang muadzin (untuk beradzan) kemudian iqamah. Selanjutnya aku perintahkan seseorang mengimami manusia. Setelah itu aku nyalakan api dan aku bakar orang-orang yang tidak keluar untuk shalat.” (HR. Bukhari)

Al Hafizh lbnu Hajar berkata: “Dalam huraian hadits ini terungkap bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang kaum munafiq dari meninggalkan shalat jamaah dengan ucapan. Sampai akhirnya mereka berhak mendapatkan ancaman dengan suatu hukuman yang akan beliau perbuat (kepada mereka). Hal ini juga telah dijelaskan oleh Bukhari dalam Kitabul Asykhash dan Kitabul Ahkam, keduanya dalam bab tentang mengeluarkan ahli maksiat dan keraguan dari rumah-rumah mereka setelah diketahui.” (Fathul Bari 2/130)

Disebutkan dalam Shahih Muslim bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendoakan kejelekan terhadap orang yang tidak mau menjalani perintah beliau karena sombong. Dari Salamah bin Al Akwa’ radliyallahu ‘anhu, bahwasanya seseorang makan di sisi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan tangan kirinya. Maka beliau bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu!” “Aku tidak bisa”, jawab orang tersebut. Selanjutnya Nabi bersabda: “Engkau tidak akan pernah bisa.” Tidak ada yang mencegahnya kecuali karena sombong. Dia (perawi) berkata: “Maka dia tidak mampu mengangkat tangannya sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim 2021, 3/1599)

Nash As Sunnah Dan Beberapa Penjelasan Para Ulama Tentang Sikap Keras terhadap Penyelisihan Syari’at Yang Dilakukan Oleh Orang-Orang Yang Tidak Pantas Hal Hal itu Terjadi pada Dirinya

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Mas’ud Al Anshari radliyallahu ‘anhu, dia berkata: “Seorang laki-laki berkata (kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam): “Wahai Rasulullah, hampir saja aku tidak mengerti shalat kami yang diimami oleh si fulan karena sangat panjang.” Maka aku (perawi) tidak pernah melihat Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam marah dalam menasehati yang lebih keras daripada hari itu. Beliau bersabda : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian telah membuat orang lari. Maka barangsiapa shalat mengimami manusia hendaklah dia memperingan (shalatnya) karena diantara mereka ada orang yang sakit, lemah, dan orang yang memiliki kebutuhan.” (HR. Bukhari)

Al ’Allamah Al ’Ainy berkata dalam mengomentari hadits di atas: “Pada hadits ini terdapat makna yang menunjukkan tentang bolehnya marah karena perkara-perkara agama yang diingkari.” (‘Umdatul Qari’ 2/107)

Pada riwayat Imam Bukhari yang lain dari Abi Hurairah radliyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah melihat seseorang yang menggiring seekor unta yang akan disembelih di Mekah. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Naiki unta itu!” Orang tersebut menjawab: “Sesungguhnya ini adalah unta yang akan disembelih di Mekah.” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Celaka kamu, naiki unta itu!” (Beliau menyatakan hal ini) pada kali yang ketiga atau kedua. DR. Fadll Ilahi berkata: “Perkataan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepadanya ‘Celaka kamu’ adalah pendidikan agar dia kembali kepada (perintah) Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Karena dia mengetahui dengan jelas bahwa tidak boleh seorang Mukmin bersikap ragu dan menahan diri dari melaksanakan perintah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Qurthubi. (Al Lin wa Ar Rifq halaman 52)

Imam Ad Darimi telah meriwayatkan dari Jabir radliyallahu ‘anhu bahwasanya Umar bin Khaththab radliyallahu ‘anhu mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan membawa satu naskah dari Taurat seraya berkata: “Ya Rasulullah, ini adalah satu naskah dari Taurat.” Kemudian beliau diam. Setelah itu beliau mulai membacanya. Wajah Rasulullah pun berubah. Maka Abu Bakr radliyallahu ‘anhu berkata: “Celaka engkau, apakah engkau tidak melihat wajah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam? Umar menoleh kepada wajah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam seraya berkata: “Aku berlindung kepada Allah dari kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Kami ridla Allah sebagai Rab (kami), Islam sebagai agama (kami), dan Muhammad sebagai Nabi (kami).” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau seandainya Musa muncul di hadapan kalian niscaya kalian akan mengikutinya dan meninggalkanku. Sungguh kalian telah sesat dari jalan yang lurus. Kalau seandainya Musa itu hidup dan mendapatkan kenabianku niscaya dia akan mengikutiku.” (Sunan Ad Darimi nomor hadits 44, 1/95)

Imam Bukhari dalam Shahih-nya membuat dua bab yang berkaitan dengan masalah ini. Yang pertama, bab tentang marah dalam memberi nasehat dan pelajaran apabila dia melihat sesuatu yang dibenci. Yang kedua, bab tentang perkara-perkara yang diperbolehkan marah dan bersikap keras karena perintah Allah Ta’ala. Kemudian Imam Bukhari membawakan beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam marah dan bersikap keras ketika melihat sebagian shahabatnya melakukan perkara-perkara yang dibencinya.

Demikianlah beberapa dalil dan hujjah dari Al Qur’an dan As Sunnah serta beberapa perkataan para ulama yang berbicara tentang sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah. Tentunya masih banyak yang lainnya.

Hakekat Sikap Keras Dalam Dakwah Penjelasan-penjelasan yang telah lalu menggambarkan kepada kita bahwa Islam sebenarnya juga mengajarkan untuk bersikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah di samping memerintahkan untuk bersikap lemah lembut pada tempatnya. Hanya saja ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam masalah ini:

1. Sikap keras, tegas, dan lugas dilakukan setelah sikap lemah lembut dan kasih sayang dalam dakwah tidak berhasil merubah orang-orang yang terus-menerus dalam kemungkaran. Syaikh Muhammad Amin Asy Syanqithi pernah berkata: “Ketahuilah bahwasanya dakwah ke jalan Allah (dilakukan) dengan dua cara. Pertama dengan cara lemah lembut dan kedua dengan cara kekerasan. Adapun cara yang lemah lembut yaitu berdakwah ke jalan Allah dengan hikmah dan memberikan nasehat yang baik. Apabila engkau berhasil dengan cara ini alangkah baiknya dan inilah yang diinginkan. Namun jika engkau tidak berhasil, gunakanlah cara kekerasan dengan pedang sampai hanya Allah sajalah yang diibadahi dan ditegakkan hukum-hukum-Nya, dilaksanakan perintah-perintah-Nya, serta ditinggalkan larangan-larangan-Nya. Hal inilah yang telah diisyaratkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya (yang artinya): ‘Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ….’ (QS. Al Hadid: 25)

Pada ayat ini terdapat isyarat untuk menggunakan pedang setelah tegaknya hujah sehingga apabila kitab-kitab tidak bermanfaat maka batalyon pasukan sangat berguna (dalam merubah kemungkaran). Karena terkadang Allah mencegah suatu (kemungkaran) melalui para penguasa, tidak melalui Al Qur’an (yang dibacakan).” (Tafsir Adlwa’ul Bayan, Syaikh Muhammad Amin Asy Syanqithi 2/174-175)

2. Sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah diperlakukan kepada orang yang menentang Al Haq dan menampakkan kefasikan dan kejelekannya secara terang-terangan. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Manusia membutuhkan bujuk rayuan dan sikap lemah lembut tanpa kekerasan saat mereka diajak kepada kebaikan kecuali seorang yang menentang (Al Haq) dan menampakkan kefasikan berserta kejelekannya secara terang-terangan. Maka wajib atasmu mencegahnya (dengan keras) dan mengumumkannya (di hadapan khalayak ramai), karena dahulu dikatakan bahwa tak ada kehormatan bagi seorang yang fasiq. Oleh sebab itu orang yang seperti ini tak ada kehormatan baginya.” (Al Amru bil Ma’ruf Wa An Nahyu ‘Anil Munkar, Al Khallal halaman 47)

Al ‘Allamah Ibnu Qayyim Al Jauziyah berkata tentang makna firman Allah Ta’ala yang artinya: “Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan peringatan yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang terbaik.” (QS. An Nahl: 125)
“Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan tingkatan-tingkatan dakwah dan menjadikannya tiga bagian sesuai dengan keadaan orang yang didakwahi.

(Pertama), orang yang didakwahi adalah pencari dan pecinta Al Haq. Dia lebih mendahulukan Al Haq daripada yang selainnya bila dia mengetahuinya. Maka orang ini didakwahi dengan hikmah, tidak butuh diperingatkan (dengan ancaman) dan perdebatan.

(Kedua), orang yang didakwahi sibuk dengan selain Al Haq. Akan tetapi kalau dia mengetahuinya, dia akan lebih mendahulukan Al Haq dan mengikutinya. Maka orang ini butuh (didakwahi) dengan peringatan yang memberikan semangat dan peringatan yang memberikan ancaman.

(Ketiga), orang yang didakwahi suka menentang dan melawan (Al Haq). Maka orang ini perlu didebat dengan cara yang terbaik jika dia mau kembali. Kalau tidak, orang ini dibawa kepada kekerasan jika memungkinkan.” (Fathul Majid Syaikh Abdurrahman Alu Syaikh dengan ta’liq Syaikh bin Baz dan tahqiq Syaikh Asyraf bin Abdil Maqsud halaman 101)

3. Mempertimbangkan mashlahat dan madlarat yang akan timbul akibat sikap keras dan tegas dalam dakwahnya. Jika seorang da’i mempertimbangkan dengan praduga yang kuat dalam hatinya dan tanda-tanda yang ada di sekitarnya, bahwa dengan sikap keras dan tegas dalam dakwahnya akan menimbulkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran yang dia cegah, atau akan luput suatu kebaikan yang lebih penting daripada kebaikan yang dia dakwahkan dengan cara yang keras, maka tidak boleh dia bersikap keras dan tegas dalam dakwahnya yang akan berakibat pada keadaan yang lebih fatal.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata tentang hal ini: “Sesungguhnya (dakwah) amar ma’ruf nahi munkar yang mengandung mashlahat dan menolak kerusakan perlu dilihat akibat yang muncul karenanya. Apabila berakibat hilangnya mashlahat (yang lebih penting) dan timbulnya kerusakan yang lebih besar maka tidaklah diperintahkan untuk berdakwah amar ma’ruf nahi mungkar. Bahkan haram bila kerusakan (yang timbul) lebih besar daripada mashlahatnya. Akan tetapi mengukur (besar dan kecil) mashlahat-mashlahat dan kerusakan-kerusakan (hendaklah) dengan timbangan syari’ah.” Selanjutnya beliau berkata: “Termasuk dalam hal ini adalah perbuatan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam membiarkan Abdullah bin Ubai dan para tokoh kemunafikan serta kejahatan yang semisalnya, karena mereka memiliki pengikut-pengikut (yang banyak). Menghilangkan kemungkaran (dari mereka) dengan cara menghukum mereka akan melenyapkan kebaikan yang lebih banyak. Sebab kaumnya akan marah dan membela dengan sikap fanatik. Manusia pun akan lari (dari dakwah) bila mereka mendengar bahwasanya Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam membunuh shahabatnya.” (Al Amru bil Ma’ruf wa An Nahyu ‘Anil Munkar, Al Khallal halaman 21)

Masalah ini juga dapat dilihat dalam kitab karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah yang berjudul I’lamul Muwaqqi’in 3/15-16. Demikianlah Islam berbicara tentang sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah.

KESIMPULAN

Dari semua keterangan di atas ada beberapa kesimpulan yang dapat diambil:

1. Islam mengajarkan untuk bersikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah ketika:a. Timbulnya pelanggaran terhadap pengharaman-pengharaman Allah dan saat ditegakkan hukum-hukum had.b. Timbulnya penentangan dan pelecehan terhadap dakwah.c. Timbulnya penyimpangan dari syari’ah yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak pantas hal itu terjadi pada dirinya. Seperti orang yang paham tentang syari’at kemudian menyelisihinya. Demikian pula orang yang menentang Al Haq padahal telah ditegakkan hujah atasnya dan lain-lain.

2. Sikap keras, tegas, dan lugas dalam dakwah dibenarkan apabila:a. Sikap lemah lembut dan kasih sayang tidak mampu merubah orang yang terus-menerus dalam kemungkaran.b. Dilakukan pada orang yang menentang Al Haq dan menampakkan kefasikan beserta kejelekannya secara terang-terangan.c. Menimbulkan mashlahat yang lebih besar daripada kerusakan.

3. Telah salah orang yang beranggapan bahwa Islam hanya mengajarkan dakwah dengan sikap lemah lembut dan kasih sayang saja.

4. Dakwah dengan sikap keras, tegas, dan lugas jika pada tempatnya bukanlah suatu kezhaliman.

5. Dakwah dengan sikap keras, tegas, dan lugas yang pada tempatnya termasuk dakwah Ilallah yang menggunakan hikmah. Karena Islam mengajarkan untuk berdakwah dengan sikap yang demikian pada tempatnya. Mustahil Islam mengajarkan sesuatu yang tidak mengandung hikmah.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala membalas kita dengan kebaikan dan pahala yang tidak terkira dan mudah-mudahan kaum Muslimin juga mendapatkan manfaat dengan membacanya. Wallahu A’lamu Bish Shawwab.

Tuesday, March 30, 2010

SAMPAI BILA NAK BERDAKWAH CARA LEMBUT?

Konflik dakwah hari ini berlaku apabila ramai dari kalangan da'ie sendiri tidak tahu apa kaedah yang harus, sunnat dan WAJIB digunakan apabila berhadapan dengan golongan mad'u (sasaran). Kaedah dakwah berbeza dengan berbezanya golongan sasaran serta situasi ketika itu. Kita boleh berlembut (bahkan itulah sebenarnya cara yang paling baik), tapi berlembut sehingga orang dah berani pijak-pijak kepala sendiri, maki hamun macam-macam, itu BANGANG namanya !!

Memandangkan manusia sekarang dah ada banyak jenis, ada yang benar-benar manusia, ada yang nampak macam manusia, tapi perangainya binatang, ada yang macam setan dan paling teruk, ada yang dah jadi setan pun..MAKA apakah satu kaedah yang sama boleh digunakan untuk menghampiri golongan manusia seumpama ini?

Ramai yang mungkin tak setuju dengan pendapat saya. Iyelah..sebab kita dah disogokkan bahawa dakwah paling baik ialah dakwah dengan lembah-lembut dan kata-kata yang cukup manis. Mesti akan ada yang beri hujjah : Sedangkan Nabi MUsa pun, ALLah SWT suruh dakwah dengan kata-kata lunak terhadap Fir'aun.. Nabi Musa tu siapa? Fir'aun tu pulak siapa? Apa hubungan antara Musa dan Fir'aun sebelum Musa dilantik jadi Rasul? Bukankah Fir'aun tu bapak angkat Musa yang memberinya perlindungan, makan minum sejak kecil? Patut ke seorang anak angkat bercakap kurang ajar dengan pak angkat dia sendiri? Cuba kalau Fir'aun tu bukan bapak angkat Musa...

Cara kasar tak sesuai untuk seorang pendakwah..apa maksud kasar ? dan bila boleh kita guna bahasa atau kaedah kasar ni? Zaman Nabi Muhammad dahulu, tak dak ke cara kasar? Apakah Nabi kita berdakwah guna cara lembut sahaja sepanjang hayatnya? Bagaimana dengan kekasaran sahabat rapat baginda, si Umar Al-Khattab RA yang tersohor dengan 'pantang terselih' tu.. Apa-apa je, nak potong leher..silap sikit aje, nak hayunkan pedang..Nabi kita tak marah pun kat Umar! Kenapa? Kerana Nabi tahu bahawa kekerasan juga adalah satu keperluan. Kalau tiada kekerasan, sudah tentu dakwah Nabi tak seberjaya seperti di penghujung hayatnya..

Kata-kata kasar akan terasa kekasarannya apabila kita bercakap di hadapan orang yang hatinya lembut dan biasa bercakap lemah-lembut. Cuba bercakap depan orang samseng..dia takkan terasa pun..kenapa ? Sebab dia sendiri pun dah biasa cakap kasar macam tu.. Sebab itulah saya katakan tadi, nak cakap kasar biarlah kena dengan orangnya..Supaya dia tahu, bahawa bukan dia sorang je boleh berlagak kasar atau samseng..kita pun apa kurangnya..Namun demikian, kalau boleh berlembut dengan orang kasar, itu adalah lebih baik..

Wednesday, March 24, 2010

MASIH MALAS KE SURAU?

Buat sementara waktu ini, penduduk di BWP hanya mempunyai sebuah surau (Surau Al-Hidayah) yang dapat dijadikan sebagai pusat ibadah dan tempat curahan/timbaan ilmu-ilmu agama. Insya'ALlah tidak lama lagi, akan terbina pula sebuah surau di Vila Suria dan pembinaan masjid BWP. (saya tidak pasti yang mana dahulu bakal siap..)

Memang berpatutan benar untuk dibina sebuah masjid, memandangkan penduduk di BWP kini sudah pun menjangkau 600 keluarga (belum termasuk penghuni/pembeli rumah di Seri Pajam yang kini di dalam projek akhir pembinaan). Dan satu perkara yang cukup menarik, boleh dikatakan 99% penghuni BWP adalah MUSLIM!

Pemerhatian yang saya lakukan selama lebih setahun, saya dapati purata kehadiran harian jemaah di Surau Al-Hidayah adalah sekitar 20-30 orang sahaja. Ini bermakna hanya sekitar 5% sahaja penduduk Melayu (yang mengaku Muslim) yang menetap di BWP yang hadir menunaikan kewajipan solat berjemaah di surau kita. Di manakah baki 95% lagi? Di manakah mereka berjemaah solat 5 waktu?

Dalam satu artikel yang saya terjumpa di sebuah masjid di Kota Bharu pada tahun lepas, satu temubual/ kaji selidik dengan beberapa orang penghuni sebuah taman yang seperti BWP ini bertanyakan sebab mereka tidak dapat datang berjemaah di surau. Bermacam-macam alasan rekaan yang cuba diberikan untuk menutupi 'alasan sebenar' mereka ini..

Paling banyak jawapan yang diterima ialah alasan 'sibuk' dan 'tak ada masa'. Pandangan daripada artikel tersebutlah, akhirnya saya keluarkan satu risalah dari Surau (Al-Irsyad-yang telah dihentikan pengedarannya kerana tiada lagi peruntukan dari surau) bagi membidas dan memahamkan golongan ini. Akibatnya, ada yang menuduh saya biadab dan samseng serta 'kurang ilmu' dalam berdakwah. (Memang saya akui bahawa saya ni kurang ilmu. Sesiapa pun tidak ada yang mengaku ilmunya dah lebih..)

Terpelanting dan kecoh!! Mengapa boleh jadi demikian? Iye lah.. ibarat kata pepatah, kalau tidak kerana angin, takkan bendera PAS atas pokok mempelam di hadapan rumah saya (kat kampung-kat BWP belum tumbuh tinggi lagi) tu boleh berkibar dengan gah? Dan kalau bukan kerana angin (ribut kuat) juga, takkanlah bendera BN di atas atap rumah pengerusi JKKK (pun kat kampung saya) boleh tumbang dan menghempap kereta barunya yang dibeli seminggu yang lalu?

Sepatutnya, bila orang dah tulis macam tu, renung-renungkanlah..ini tidak, sibuk nak memaki hamun pulak!! Ada yang beritahu saya bahawa tulisan saya tu KERAS sangat bunyinya..Habis tu? Nak dilembutkan macam biskut mayat terendam dalam air teh o ke? Memanglah uslub dakwah tu perlu dipelbagai-gayakan. Ada masanya kita berlembut dan ada masanya kita berkeras..Cuma masalahnya sekarang, kita dah banyak kali cuba berlembut, tetapi apa hasilnya? Nasihat, ajakan dan pelawaan kita diperlekehkan, diperbodoh-sombongkan dan kadang-kadang terus dibakul-sampahkan sebegitu sahaja..Dan alhamdulillah, rupa-rupanya bila kita tukar gear dakwah kepada gear lebih tinggi, kita gunakan kata-kata dan tulisan beruslubkan inzar (amaran), tup tup berbunyilah juga suara yang selama ini membisu..Bagi saya, ini satu pencapaian yang baik. Ingatkan selama ini, surat-surat edaran saya itu tidak dipedulikan.. Maka tahulah saya bahawa di BWP ini, kalau nak berdakwah, gunalah uslub dakwah yang berbentuk kekerasan..baru ada respon!

Dalam meneruskan usaha menyeru manusia-manusia yang masih tidak sedar-sedar ini (koma dari menjalani kehidupan sebagai hamba ALlah), saya amat berharap agar para ustaz yang berdakwah menggunakan uslub lemah-lembut meneruskan dan mengekalkan uslub tersebut sebagai mengimbangi uslub dakwah yang saya (dan mungkin Al-Fadhil Ust Hj Hishamuddin) lakukan ini.

Ada juga sebahagian penduduk BWP ini yang langsung tak pernah jejak kakinya di surau ini sejak ianya mula digunakan. Setakat tak kenal muka tok imam tu..lagi berlambak benar lah. Agaknya apa yang tersarang di dalam kepala orang-orang seperti ini menyebabkan hatinya begitu menolak untuk melangkah ke surau dan beribadah di dalamnya secara berjemaah? Bapak syaitan kot !!

Tuesday, March 23, 2010

DI MANA BIJAK PANDAI BWP?

Salah satu sebab saya rasa cukup seronok dan bangga tinggal di BWP ialah kerana kedapatan ramai golongan ilmuwan (guru-guru, pensyarah, pakar motivasi, penceramah bebas, pendakwah bebas dan seumpamanya)..termasuklah para alim ulama' yang terdiri daripada ustaz-ustaz (tak kiralah ustaz lepasan institut perguruan mahupun daripada universiti).

Mulanya, sewaktu memasuki rumah baru yang dibeli atas nama isteri, saya fikirkan sudah tentu saya akan dapat banyak manfaat apabila saya berjiran dengan penghuni BWP ini. Apa tidaknya, yang bergelar ustaz sahaja dah ada 15 orang (termasuk di Vila Suria sana tu)..Ada yang bergelar al-Hafiz atau Haamilul Qur'aani. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyedut dan menghirup haruman ilmu daripada mereka yang dimuliakan ALlah ini..

Namun demikian, apa yang berlaku tidaklah seperti yang sering diharapkan. Saya bukanlah nak menjatuhkan maruah atau memburukkan nama baik golongan asatizah dan ulama' ini..Meski pun ramai, tetapi malangnya, golongan ini seolah-olah seperti tidak mampu memberikan pulangan yang terbaik kepada masyarakat sekitar. Benar seperti kata Lobai Kampung di dalam blognya, bahawa golongan ini adalah golongan yang sudah cukup selesa dengan gaji lumayan yang diterima (sebagai kakitangan kerajaan) dan tidak mahu lagi terjun di dalam bidang dakwah atau tarbiyyah lantaran kerana sebab-sebab yang tertentu. Lihatlah apa yang terjadi dewasa kini..masyarakat kita kian punah, tak tentu hala dan berkecamuk di sana-sini. Mereka amat mengharapkan bimbingan serta tunjuk-ajar dari para ilmuwan yang tinggal di sekeliling mereka, mereka HAMPA kerana ilmuwan yang ada semuanya adalah HAMPAS!!

Ada di antara ilmuwan dan bijak pandai di BWP ini, cukup terkenal di luar sana. Berceramah di sana, bermotivasi di sini, dijemput dan dibayar dengan harga yang cukup tinggi untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar, berkuliah maghrib di rata-rata masjid hatta ke luar mukim, TETAPI tak pernah nampak batang hidung pun di surau taman sendiri!!

Ingatlah tuan-tuan, masyarakat taman kita juga dahagakan ilmu daripada tuan-tuan. Apalah salahnya, peruntukkan sedikit masa untuk bersama mereka..walau sekali dalam sebulan..Limpahkanlah ilmu dari dada tuan-tuan sebelum diambil semula oleh ALlah SWT. Memanglah saya akui, taraf surau kita tak sehebat hotel-hotel dan dewan-dewan seminar yang tuan-tuan biasa hadiri..bayaran pun taklah setinggi mana. Cuma, permintaan saya, anggaplah perkongsian ilmu tuan-tuan itu seumpama zakat yang wajib dikeluarkan. Bukankah zakat ilmu ialah dengan mengajarkannya semula kepada orang lain pula?

Thursday, February 25, 2010

MASIH TIDAK TERLAMBAT

Malam semalam, 24 Februari 2010, dengan kekuatan azam yang masih berbaki, saya telah berjaya memulakan kelas tahsin al-qur'an dan kelas iqra'. Saya terpaksa gunakan premis rumah PASTI kerana tiada lagi tempat yang sesuai dan lengkap dengan fasilitinya.

Seramai 8 orang murid dewasa ( berusia antara 50-65 tahun) telah datang buat permulaan kalinya-terdiri daripada 2 lelaki dan 6 perempuan (2 pasangan suami isteri). Tidaklah sesukar mana untuk mengajar dan membimbing mereka..bagi murid perempuan, saya amanahkan kepada ustazah Hanif Shah untuk mengajar mereka asas kepada al-Qur'an, iaitu menggunakan buku Iqra'. Bagi murid lelaki, saya sendiri bertindak sebagai pemudahcara-cuma membetulkan bacaan dan tajwid serta sebutan huruf.

Kelas al-Quran untuk dewasa ini saya adakan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, selepas solat Isya' (lebih kurang jam 9 malam) dan berjalan selama satu jam sahaja. [ Maklum..itulah masanya saya nak betul-betul berehat setelah seharian menghambakan diri kepada anak-anak murid saya di sekolah.] Atas dasar simpati dan kasihan, saya korbankan masa rehat dan penat lelah saya. Saya gagahkan juga diri ini supaya mereka (murid dewasa saya ini) tidak berterusan menjadi buta al-Qur'an. Kadang-kadang saya berbangga kerana di penghujung usia, mereka masih lagi berminat untuk mempelajari ilmu al-Qur'an ini. Alhamdulillah..semoga ALlah SWT memberi taufiqNya kepada kita semua agar terus tidak jemu menuntut ilmu-hatta apabila nyawa sudah berada di halkum sekali pun.

Biarlah di tahap Iqra' sekali pun, kita tetap orang yang dimuliakan ALLah..kerana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari kitab suciNya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Orang yang membaca Qur'an sambil terangkak-rangkak (gagap), akan diberikan 2 pahala; pahala membaca Quran dan pahala kerana kesungguhan untuk mempelajarinya."

Pedulikanlah apa orang nak kata kat kita..Teguhkanlah niat di hati dan berdoalah semoga ALlah mengampuni dosa kita yang lalu-iaitu dosa kecuaian kita mengabaikan ilmu-ilmu ALlah yang wajib kita pelajari.

Kepada rakan-rakan yang sebaya dan tinggal setaman dengan saya, saya dah beri laluan untuk anda datang ke sini-marilah sama-sama kita pelajari ilmu al-Quran ini..sementara saya masih berkelapangan..Jangan menyesal di kemudian hari sudah la..

Wednesday, February 24, 2010

RESEPI MASAKAN ISTIMEWA

Assalamualaikum wm,

Sejak menjengah usia ke jendela 40-an, saya akui bahawa selera makan saya semakin bertambah (selera nak kawin lagi satu pun makin kuat..tapi sayang, isteri merayu tak nak bermadu!). Dalam kepala ni, dok fikir nak makan sedap-sedap sahaja..dan 'makanan sedap' bagi saya tak lain tak bukan ialah nasi ulam. Ada sedikit sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, fuuhhh..Lauknya? Cukuplah dengan ikan selayang (NS : sardin) dipanggang tawar atau dijadikan singgam. Ulam pula? Semua jenis ulam saya suka..Tapi paling saya suka ialah pucuk jambu golok (Kelantan : Ketereh/ NS : Gajus). Sedihnya, kat sebelah NS ni, amat sukar nak dapatkan pucuk pokok tersebut. Tak apa lah.. ulam tenggek burung, ulam raja, serai kayu pun boleh jugak.

Kalau ada jantung pisang yang dicelar, bunga kantang, nangka putik dan pucuk daun beka, memang dah kira cukup lengkap dah..Budu? Ha..ha..ha.. itu satu KEFARDHUAN ! Complete meals set!!

Melayari laman blog Puan Mina (http://daridapurmina.blogspot.com/), saya percaya rakan-rakan tidak akan kerugian untuk mencuba resepi masakan baru. Saya dan anak isteri telah banyak mencuba masakan-masakan baru yang Puan Mina kongsi bersama. Silalah layari blog beliau dan cubalah pelbagai resepinya..

Dan jangan lupa, bila dah manfaatkan ilmu orang, ringan-ringankanlah mulut dan hati untuk mendoakan kebaikan kepada pemiliknya.